Wednesday, October 3, 2007

Soalan Ramalan SPM2007

Ok, here is the soalan ramalan SPM 2007 Bahasa Melayu Karangan
I also get the rangka for you all.(Not made by me la, just found on the internet)


RAMALAN SPM 1
Anda ingin membuat aduan kepada pihak yang terbabit tantang perbuatan segelintir penduduk di kampung anda yang membuang dan membakar sampah sarap di kawasan beting berhampiran dengan rumah anda. Keadaan tersebut bukan sahaja memusnahkan tumbuhan dan hutan paya bakau, malahan turut mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan anda sekeluarga.
Tulis surat itu dengan lengkap.

RAMALAN SPM 2
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa pendidikan pengguna memainkan peranan yang penting dalam mengawal perbelanjaan pengguna?
Jelaskan Perkara di atas.

RAMALAN SPM 3
Pihak berkuasa telah mengadakan operasi Ops Cetak secara besar-besaran. Anda selaku wartawan yang bertugas di suatu tempat kejadian. Laporkan berita tersebut selengkapnya.

RAMALAN SPM 4
Komputer banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Namun, peralatan berteknologi ini meninggalkan Kesan-kesan buruk kepada pelajar yang menyalahgunakannya.
Bincangkan

RAMALAN SPM 5
Kemusnahan Alam sudah menjadi isu hangat yang diperkatakan dalam masyarakat moden ini. Alam dan hidupan semula jadi semakin menerima impak akibat pembangunan dan pembukaan hutan.
Berikan pendapat anda.

RAMALAN SPM 6
Kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motosikal dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak disiarkan dalam media massa.
Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya gejala sosial ini.

RAMALAN SPM 7
Kedatangan buruh asing ke negara kita telah membawa banyak masalah kepada negara.
Huraikan masalah-masalah akibat kedatangan buruh asing ini.

RAMALAN SPM 8
Anda merupakan wakil pelajar yang dipilih untuk menyampaikan ucapan “Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum” dalam perhimpunan sekolah bersempena minggu kokurikulum dan pameran kokurikulum.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.

Thats all, ya before i forget,
the rangka karangan for you all.

You all can get it from HERE!

Semua ramalan dibuat oleh Cikgu Tan Chuan Lim
Dipetik daripada internet
Packed into pdf by Joshuatly2007

joshuatly2007

1 comments:

philosopher said...

thats gonna be hard.